Skip to main content

Olimpik Tokyo peroleh kelulusan 80 peratus bagi kemudahan fasiliti

TOKYO: Penganjur sukan Olimpik Tokyo pada Jumaat memaklumkan telah memperoleh kelulusan sebanyak 80 peratus bagi tempat dan kemudahan fasiliti acara temasya tersebut.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Tokyo 2020, Yoshiro Mori bagaimanapun memberitahu beberapa tempat telah mendapat tempahan daripada pengguna lain sebelum keputusan penangguhan ke tahun hadapan dilakukan.

Pada masa sama, Mori memberi bayangan bahawa Olimpik yang dibawa ke tahun 2021 pastinya tidak semeriah yang dibayangkan akibat pandemik COVID-19.

Namun beliau percaya bahawa sukan yang selamat dan dilakukan secara sederhana adalah cara terbaik untuk melangsungkan olimpik itu dengan jayanya.

Olimpik Tokyo 2020 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung bermula 24 Julai 2020 ditunda ke tarikh baharu iaitu bermula 23 Julai 2021.

Terdahulu, penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 bersetuju dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk 'mempermudah' acara yang akan dilangsungkan pada temasya sukan itu atas faktor keselamatan dan mengurangkan kesan kewangan.

Bercakap pada sidang media pada Khamis Presiden jawatankuasa penganjur Olimpik Tokyo, Yoshiro Mori dan Ketua Pegawai Eksekutif Toshiro Muto berkata, IOC dan penganjur telah mengenal pasti 200 acara yang terbabit, namun tidak memberikan butiran lanjut.

IOC, penganjur Olimpik Tokyo setuju mudahkan acara