Skip to main content

Murray belum mahu menyerah kalah

ANDY Murray menegaskan dia masih mampu beraksi pada tahap tinggi selepas mempamerkan peningkatan walaupun tewas kepada Kyle Edmund dalam pertarungan 'Battle of the Brits' awal pagi tadi.

Bekas pemain nombor satu dunia itu beraksi hanya perlawanan keduanya sejak November lalu susulan kecederaan pangkal paha.

Murray yang juga juara Wimbledon dua kali mempamerkan pergerakan menarik seperti biasa untuk menang set pertama tetapi Edmund bangkit memenangi perlawanan 6-7, 7-6, 10/5 dalam aksi tertutup di Roehampton.

"Secara jujurnya, saya tak kisah dengan keputusan perlawanan tetapi selepas aksi seperti itu saya berharap pangkal paha saya okay dan lebih bertenaga selepas ini," kata Murray.

"Saya tahu jika ia kembali normal, aksi saya pasti meningkat dan bertambah baik dalam masa beberapa bulan lagi jika mendapat latihan konsisten.

"Itu harapan saya. Jika saya beraksi seperti itu dan memperbaiki beberapa kelemahan, saya akan bermain tenis pada tahap tinggi.

"Otot saya agak bengkak hari ini. Saya dapat rasakannya ketika latihan dan pada awal permainan tetapi selepas beberapa ketika, saya rasa okay."

Murray yang kerap mengalami kecederaan akan menentang James Ward dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dan wajib menang jika mahu ke separuh akhir.

Juara tiga kali Grand Slam itu dijangka kembali menyertai Jelajah ATP di Washington pada Ogos depan.

"Saya berusaha mengelakkan dua kejohanan berturut-turut, keutamaan saya ialah cergas untuk menghadapi grand slam," kata Murray said.