Skip to main content

McGregor cari 'penyakit'

CONOR McGregor seperti mencabar pihak polis apabila merakam dirinya sedang memandu kereta mewah Bentley di jalan yang sibuk.

Bintang MMA berusia 31 tahun yang mengumumkan persaraan baru-baru ini berkongsi klip video mengejutkan di media sosial menunjukkan dia sedang bersiar-siar dengan kereta.

McGregor kelihatan tersenyum, ketawa malah mempamerkan jam tangan emasnya ketika dia merakam video sambil memandu.

McGREGOR merakam dirinya sambil menayangkan jam tangan dan kasut dipakainya. FOTO Agensi McGREGOR merakam dirinya sambil menayangkan jam tangan dan kasut dipakainya. FOTO Agensi

Di dalam video itu, atlet Ireland terbabit memakai 'hoodie' hitam dan topi bertulis 'Daddy' .

Walaupun memandu sambil menggunakan telefon bimbit diharamkan di Ireland, McGregor tersenyum memandang kamera ketika telefon diangkat tinggi bagi menunjukkan suasana jalan yang sibuk di belakangnya malah Notorious turut menghalakan kamera ke bawah menunjukkan kasut dipakainya.

Dalam klip video itu juga, McGregor sempat menayangkan jam tangan emas berjenama Patek Philippe Nautilus 5980 1AR 001 bernilai £75,000 (RM398,345) sambil tangan memegang stereng kereta.

Itu bukanlah kali pertama dia mengejutkan pengikutnya di media sosial malah bukan kali pertama bulan ini apabila mengumumkan persaraan daripada semua pertarungan - kali ketiga dalam tempoh empat tahun.