Skip to main content

Maut dihempap tanah runtuh

SEORANG buruh binaan maut akibat ditimpa tanah runtuh ketika bekerja di jalan raya Simpang Riam Lambir berhampiran Rainforest di Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, kejadian dilaporkan sekitar jam 5.30 petang semalam.

Menurutnya, mangsa Inggol Rebal, 55, disahkan maut sejam selepas menerima rawatan di Hospital Umum Miri (HUM).

"Saksi kejadian melaporkan mangsa turun ke dalam lubang berukuran hampir tiga meter yang sudah digali oleh jengkaut bagi membaiki paip rosak di bawah tanah.

"Tiba-tiba tanah runtuh lalu menimpa belakang mangsa menyebabkannya cedera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata tanah itu dipercayai runtuh akibat kawasan berair disebabkan paip air yang bocor.

Katanya, mangsa seterusnya dihantar ke HUM untuk mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan, sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).