Skip to main content

Masjid dibuka semula, Jakarta, Jordan benar solat Jumaat

UMAT Islam di ibu kota Indonesia mendirikan solat Jumaat pertama apabila masjid di Jakarta dibuka semula dengan separuh kapasiti selepas ditutup selama sembilan minggu bagi mengekang penularan COVID-19 .

Bagaimanapun, jemaah masjid perlu mematuhui semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

Ia termasuk pemerikasaan suhu badan dan penggunaan cecair pembasmi kuman sebelum masuk ke dalam masjid.

Selain itu, jemaah perlu memakai penutup hidunhg dan mulut, menjaga jarak sosial antara satu sama lain dan membawa sejadah masing-masing.

Setakat Jumaat, Indonesia melaporkan 28,818 kes positif dengan 1,721 kematian.

Dalam pada itu, Presiden Joko Widodo memaklumkan, pemerintahannya mahu ekonomi Indonesia kembali ke landasan namun selamat dari virus berkenaan.

Kerajaan secara beransur-ansur mengerahkan 340,000 anggota keselamatan menguatkuasakan peraturan kesihatan ketika negara itu secara berperingkat menghapuskan sekatan pada akhir Julai nanti.

Dalam pada itu, masjid di Jordan turut dibuka semula pada Jumaat, selepas 11 minggu di tutup.

Keputusan itu diumumkan pemerintah pada  minggu lalu, yang membenarkan jemaah untuk mengerjakan solat Jumaat sahaja.

Bagaimanapun, solat jemaah harus mengikuti SOP yang ditetapkan seperti penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut serta membawa sejadah sendiri.

Selain itu, kerajaan juga membuka semlula gereja pada Ahad.

Susulan wabak COVID-19 yang melanda, Jordan menguatkuasakan perintah berkurung pada pertengahan Mac lalu.

Perintah berkutung itu termasuk menghentikan perjalanan dan perhimpunan awam, selain memaksa sektor swasta dan awam ditutup.

Sebilangan besar sekatan bagaimanapun mula dilonggarkan secara berperingkat dalam beberapa minggu terakhir susulan kadar jangkitan baru menurun dengan ketara.

Jordan sehingga kini mencatatkan 765 kes dan hanya sembilan kematian.