Skip to main content

Lelaki menjala ikan ditemui lemas

SEORANG lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika menjala ikan di Sungai Murum, Belaga ditemui lemas pada jam 11.30 pagi tadi.

Mayat mangsa dijumpai terapung di tengah sungai kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilihat terjatuh oleh penduduk kampung yang turut serta dalam usaha mencari mangsa sejak jam 9 pagi tadi.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, mangsa yang sedang menjala ikan di kawasan sungai berbatu itu dikatakan tergelincir dan dibawa arus deras.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, sepasukan angggota BBP Bintulu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2 Winston Tan bergerak ke lokasi kejadian bagi membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk dibedah siasat serta pemeriksaan lanjut.

Keterangan gambar

Pasukan mencari dan menyelamat serta penduduk kampung menarik mayat mangsa ke tepi sungai sejurus ditemui.