Skip to main content

KPDNHEP rampas kasut tiruan RM130,000

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kajang merampas kasut tiruan bernilai kira-kira RM130,000 pada Ops Tiru di sebuah premis di Seri Kembangan, Selangor hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Muhamad Sani Muhammad Nor berkata, serbuan dijalankan 11.30 pagi membabitkan premis yang dijadikan gudang penyimpanan kasut terbabit.

"Pemeriksaan menemui kasut tiruan pelbagai jenama. Ia untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

"Tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019," katanya pada kenyataan.