Skip to main content

Kes kekejaman etnik Rohingya: 3 tentera Myanmar didapati bersalah

YANGON: Tiga pegawai tentera Myanmar didapati bersalah oleh mahkamah tentera ke atas etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine, umum jabatan itu hari ini.

Tindakan yang jarang berlaku ke atas tentera dibuat ketika Myanmar berdepan tuduhan pembunuhan beramai-ramai di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), susulan operasi ganas pihak berkenaan pada 2017.

Hampir 750,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh dengan membawa pelbagai kisah ngeri membabitkan kes rogol, pembunuhan dan kes bakar.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh pasukan keselamatan melakukan pemerintahan kuku besi di beberapa perkampungan, termasuk Gu Dar Pyin, dan mendakwa lima kubur besar berjaya ditemui di sana.

Jumlah kematian dari etnik itu di Bangladesh mencecah ribuan nyawa.

Selepas berulang kali menafikan kesemua tuduhan, pihak tentera memulakan prosiding di mahkamah pada September, dan mengakui terdapat kelemahan dalam mematuhi peraturan di perkampungan berkenaan.

Pejabat ketua komander pada Selasa mengumumkan bahawa ketiga-tiga pegawai berkenaan didapati bersalah.

Tiada maklumat lanjut diberikan berhubung jenayah atau hukuman dikenakan. - AFP