Skip to main content

Kes COVID-19 di India hampiri jumlah setengah juta

HAMPIR setengah juta kes COVID-19 disahkan di India pada Jumaat berikutan 17,296 lagi penambahan kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di India kini mencecah 490,401.

Kementerian Kesihatan India melaporkan 407 lagi kematian dalam tempoh 24 jam sebelumnya, menjadikan jumlah kematian mencecah 15,301 kes.

Dalam pada itu, kadar pemulihan turut meningkat kepada 57.43 peratus.

Sementara itu, perkhidmatan kereta api India dijadualkan untuk memulakan perkhidmatan seperti biasa pada 30 Jun namun ia tidak akan beroperasi sepenuhnya sehingga 12 Ogos.

Perdana Menteri Narendra Modi menggesa orang ramai untuk menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka ketika menggunakan pengangkutan awam berkenaan.

Jelasnya, langkah berjaga-jaga adalah satu-satunya pilihan yang ada sehingga vaksin dibangunkan.