Skip to main content

Hanya tinggal bot, pemancing dikhuatiri lemas

PEMANCING dikhuatiri lemas selepas semalaman tidak pulang ke rumah.

Kehilangan Wan Hafizan Wan Hussin, 41, disedari ahli keluarga sebelum mereka mula mencarinya tengah hari tadi di sungai di Kampung Sakar dekat Kota Bharu.

Pihak bomba dan penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada 7.54 malam tadi segera ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Pegawai Bomba Kanan 1 Zainalfitri Husin berkata, sebelum laporan dibuat, adik mangsa mencari di lokasi dan menemui bot digunakan abangnya.

"Bagaimanapun mangsa tiada di sekitar dan turut ditemui batang pancing serta kelengkapan lain dalam bot terbabit.

"Anggota kami bersedia di lokasi dan operasi mencari dan menyelamat akan dibuat pagi esok," katanya.