Skip to main content

Djokovic ragui penganjuran Terbuka AS

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic membayangkan langkah pencegahan ketat di Terbuka AS yang dijadualkan bakal berlangsung adalah sangat 'keterlaluan'.

Malah bantuan kumpulan sokongan dalam memastikan perkara itu dilihat seperti sukar dilaksanakan.

Ramai yang meragui sama ada acara Grand Slam yang dijadualkan di New York, yang berdepan kadar penularan Covid-19 yang tinggi di Amerika Syarikat dapat diteruskan atau tidak.

Djokovic mengakui permintaan dan syarat tinggi dari penganjur mungkin menyukarkan beberapa pihak.

"Hanya semalam saya berbual menerusi telefon bersama ketua kepada tenis dunia, mereka bercakap mengenai sambungan semula musim ini, kebanyakan mengenai Terbuka AS yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Ogos.

Tetapi tidak diketahui sama ada ia akan dilangsungkan," kata pemain Serbia berusia 33 tahun itu kepada stesen televisyen Prva TV dan dipetik oleh Blic online daily.

"Syarat yang mereka beritahu kepada kami bahawa kami harus rasa hormat untuk berada di sana, untuk bermain semata-mata, ia sangat keterlaluan."

Djokovic muncul juara di Terbuka AS pada 2011, 2015 dan 2018, memberitahu perancangan untuk menggalakkan penyertaan pemain adalah agak sukar.

"Kami mungkin tidak dibenarkan pergi ke Manhattan, kami mungkin harus tidur di hotel dekat lapangan terbang, untuk diuji dua atau tiga kali seminggu.

"Juga, kami mungkin dapat hadir bersama seorang lagi individu ke kelab berkenaan yang pasti sukar.

"Maksud saya, anda perlu jurulatih anda, kemudian jurulatih kecergasan serta fisioterapi.

"Semua cadangan mereka adalah tidak wajar tapi saya boleh faham kerana faktor kewangan, berikutan kontrak sedia ada, penganjur (mahu acara dijalankan) kejohanan. Jadi kita akan lihat apa yang akan berlaku nanti."