Skip to main content

COVID-19: Lewat tutup sempadan negeri, keterangan PM Itali diambil

ROM: Pendakwa raya Itali mengambil kenyataan daripada Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte susulan keputusan lewat mengenakan perintah berkurung ke atas dua bandar di wilayah Lombardy.

Kelewatan berkenaan didakwa mengakibatkan wilayah Lombardy menjadi pusat penularan COVID-19 di Itali.

Menurut pakar kesihatan, kelewatan itu mengakibatkan COVID-19 merebak ke wilayah Bergamo dan meningkatkan kadar kematian sebanyak lebih 500 peratus.

Polis turut mengambil keterangan daripada Menteri Kesihatan dan Menteri Dalam Negeri.

Menurut laporan, tiada siapa disiasat dan bentuk liabiliti yang boleh dikenakan ke atas penjawat awam jika keputusan atau tiada keputusan dibuat.

Ketika ini pendakwa raya masih meneliti siapakah yang bertanggungjawab untuk wujudkan zon merah akibat COVID-19 di kawasan tersebut, sama ada kerajaan pusat atau wilayah.