Skip to main content

Covid-19: Kluster baharu di pusat jagaan warga emas

KLUSTER baharu Covid-19 dikesan di pusat jagaan warga emas di Kuala Selangor membabitkan lima kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes jangkitan itu membabitkan warga emas di pusat jagaan dengan pertambahan satu lagi kes baru hari ini.

Menurutnya, dua kes dikesan pada 17 Mei lalu hasil daripada saringan dilakukan terhadap semua penghuni pusat jagaan berkenaan.

"Dua belas kakitangan dan 26 penghuni yang lain juga sudah disaring pada 17 Mei lalu dan keputusan mereka adalah negatif.

"Selepas sebulan, saringan dijalankan terhadap seorang penghuni yang mempunyai Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Hospital Tanjung Karang mendapati dia postifi Covid-19,"katanya pada sidang media harian, di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, warga emas itu didapati negatif ketika ujian saringan pertama dijalankan pada 17 Mei.

"Pengesanan aktif kini sedang dijalankan, langkah-langkah pencegahan turut diambil termasuk nyahkuman dan nyahcemar di pusat jagaan berkenaan," katanya.