Skip to main content

COVID-19: Kes positif seluruh dunia cecah 7.58 juta

JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan lebih 140,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data terbaharu dari Johns Hopkins University, jumlah kes positif global kini meningkat kepada 7.58 juta berbanding 7.44 juta pada Jumaat.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 2.03 juta.

Menurut data terbaharu dari Johns Hopkins University, jumlah kes positif global kini meningkat kepada 7.58 juta berbanding 7.44 juta pada Jumaat.Kes positif COVID-19 di Brazil pula terus menunjukkan trend peningkatan dengan jumlah kumulatif positif 802,000 kes.

Rusia pula ketiga tertinggi dengan 510,000 kes.

Lima lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 ialah India, United Kingdom, Sepanyol, Itali dan Peru.

Lapan negara berada dalam kelompok kes jangkitan melebihi 100,000 kes iaitu Perancis, Jerman, Iran, Turki, Chile, Mexico, Pakistan dan Arab Saudi.