Skip to main content

COVID-19: Kes positif di Indonesia terus meningkat, lepasi angka 37,000, kematian 2,091

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 37,000 dengan jumlah kematian sebanyak 2,091 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 1,014 tambahan kes positif baharu di seluruh Indonesia dicatat dengan 43 lagi kematian berlaku.

"Kes positif kini berjumlah 37,420 manakala sebanyak 13,578 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 589 kes diikuti provinsi Jakarta (548 kes), Jawa Barat (161), Kalimantan Selatan (120) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA