Skip to main content

COVID-19: Jumlah kes positif global kini lebih 6.71 juta

JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 6.58 juta.

Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 130,000 kes jangkitan baharu.

Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan COVID-19 dengan mencatatkan 1.89 juta.

Ia juga satu-satunya negara yang mempunyai angka positif melebihi 1 juta.

Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif jangkitan 614,000 kes manakala Rusia ketiga dengan melebihi 449,000 kes.

India kini menyertai United Kingdom, Sepanyol dan Itali yang berada pada kelompok negara mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 kes.

Mexico hari ini menyertai negara yang mempunyai angka positif melebihi 100,000 bersama Perancis, Jerman, Peru, Turki, Iran dan Chile.

Negara lain masih merekodkan angka jangkitan di bawah 100,000 namun Kanada, Arab Saudi dan Pakistan melepasi angka jangkitan di China tempat berasalnya virus itu dengan jumlah melebihi 84,000 kes.