Skip to main content

COVID-19: Angka kematian seluruh dunia kini 423,000

STATISTIK dari Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global akibat COVID-19 terus meningkat sebanyak 5,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kumulatif kematian global kini mencatat lebih 423,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 114,000 kes.

United Kingdom pula merekodkan kes kematian kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif 41,000 kes.

Peningkatan kes positif COVID-19 di Brazil turut mendorong kenaikan kes kematian dengan jumlah kumulatif lebih 40,000.

Manakala kes kematian di Itali berada pada paras 34,000 kes.

Sementara itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan angka kematian 29,000 dan 27,000 kes.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 16,000 kes.