Skip to main content

Chini Memilih: PKR tidak letak calon

KUALA LUMPUR: PKR hari ini memutuskan bahawa parti itu tidak akan menghantar wakil bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan untuk tidak bertanding telah dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Jelasnya, faktor utama keputusan berkenaan adalah disebabkan kekangan yang bakal dihadapi sewaktu tempoh berkempen.

Ia susulan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia ekoran penularan wabak COVID-19 di negara ini.

BACA: PRK DUN Chini pada 4 Julai - Pengerusi SPR

PRK DUN Chini ditetapkan pada Sabtu, 4 Julai.

Tarikh penamaan calon ialah pada 20 Jun dan pengundian awal akan diadakan pada 30 Jun.

MENYUSUL LAGI