Skip to main content

Buffon, Chiellini lanjut kontrak Juve

TURIN, Itali: Pemain legenda Gianluigi Buffon dan Giorgio Chiellini melanjutkan kontrak bersama Juventus dengan menandatangani kontrak setahun lagi.

Penjaga gol Buffon, 43 tahun pada Januari depan, dalam pemburuan gelaran liga ke-10 bersama Juventus musim ini, selepas menyamai rekod Serie A Paolo Maldini pada 647 penampilan.

Dan bek tengah Chiellini, yang mencecah usia 36 tahun pada Ogos, kekal sebagai kapten untuk juara bertahan itu dan Itali.

"Buffon adalah bukti yang usia bukan penghalang. Chiellini lambang kepada semangat perjuangan dan kemenangan, keazaman tinggi yang menjadi falsafah Juventus," kata Juventus.

Pencapaian cemerlang Buffon termasuk gelaran Piala Dunia 2006 dan memegang rekod penampilan terbanyak untuk Azurri pada 176 kap.

Bagaimanapun penjaga gol yang tampil buat pertama kali di Serie A pada tahun 1995, belum pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara, walaupun hampir melakukannya pada tahun 2003.

Dia satu-satunya penjaga gol yang memenangi pemain terbaik UEFA selepas Juve tewas penentuan penalti kepada AC Milan pada final di Old Trafford. - AGENSI