Skip to main content

Bonucci pertahan Ronaldo

Sepakan penalti Ronaldo yang terkena tiang ketika berdepan AC Milan pada aksi separuh akhir kedua Coppa Italia di Turin, baru-baru ini

Pemain pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci mempertahankan kegagalan rakan sepasukannya, Christiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti ketika berdepan AC Milan pada aksi separuh akhir kedua, Coppa Italia, di Turin baru-baru ini.

Bonucci berkata, kegagalan menyempurnakan sepakan penalti juga dialami oleh kebanyakan pemain bola sepak terkemuka yang lain sebelum ini.

Menurut Bonucci, apa yang paling penting ketika ini adalah Juventus berjaya mara ke aksi final Coppa Italila 17 Jun depan.

"Pada kebiasaannya, dia meningkatkan tekanan kepada barisan pertahanan lawan. Mungkin dia kurang bernasib baik hari ini dan boleh dikatakan penjaga gol Milan, Gianluigi Donnarumma telah beraksi cemerlang di sepanjang perlawanan.

"Pemain handalan juga ada yang gagal menyempurnakan sepakan penalti. Apa pun, Ronaldo sentiasa menjadi pemain yang penting bagi kita dan kita akan melihat pasukan Juventus dan Ronaldo yang hebat selepas ini," katanya.

Pada perlawanan berkenaan, pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or Ronaldo pada minit ke-16, gagal menghasilkan jaringan dan seterusnya menyaksikan Juventus dan AC Milan terikat tanpa jaringan hingga tamat perlawanan.

Bagaimanapun, Juventus berjaya mara ke final Coppa Italia hasil jaringan di tempat lawan ketika terikat 1-1 ketika berdepan AC Milan pada aksi separuh akhir pertama lalu.

Pada aksi final Coppa Italia nanti, Juventus bakal berdepan pemenang bagi pertemuan separuh akhir kedua antara Napoli Inter Milan Inter Milan.

Sementara itu pengurus Juventus, Maurizio Sarri turut mempertahankan kegagalan Ronaldo itu dan menyifatkannya sebagai lumrah dalam bola sepak.

"Saya bertanya kepada Ronaldo untuk lebih banyak beraksi di posisi tengah. Dia kemudiannya cuba beraksi di posisi berkenaan dan dia bermain mengikut caranya sendiri buat ketika ini.

"Dia juga jarang gagal menjaringkan penalti dan kali ini sepakannya terkena tiang dan melantun keluar.," katanya.