Skip to main content

Bekas bintang Liverpool ditikam

LONDON: Pemain Derby County, Andre Wisdom dikejarkan ke hospital selepas dia ditikam dalam satu rompakan ketika melawat saudaranya.

Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu dipercayai ditikam ketika keluar dari keretanya di Toxteth, Merseyside.

"Dia ditikam dan kini di hospital. Keadaannya stabil dan seorang lagi abang saya dalam perjalanan ke sini.

"Ia amat gila dan sukar dipercayai," kata adik perempuan Wisdom.

Derby dalam satu kenyataan berkata: "Andre Wisdom menjadi mangsa serangan dan rompakan. Dia cedera dan dimasukkan ke hospital."

Wisdom berpindah ke Derby dari Liverpool pada 2017 selepas bersama The Reds sejak usianya 14 tahun. - AGENSI