Skip to main content

Bayi sembilan bulan disahkan positif COVID-19, ini lima tumpuan sidang media KKM

PUTRAJAYA: Bermula minggu ini, sidang media perkembangan semasa COVID-19 di negara ini tidak lagi akan diadakan secara harian.

Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia akan berlangsung selama tiga kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, dan Jumaat.

Sementara itu, dalam sidang media hari ini juga, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesahkan salah satu kes jangkitan luar negara adalah membabitkan bayi berusia sembilan bulan.

Berikut lima tumpuan sidang media KKM pada Isnin:

1. 41 kes baharu COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,494 kes.

2. Tiga kes jangkitan luar negara yang pulang dari Singapura. Ia melibatkan seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun; penyelia berumur 54 tahun; serta bayi perempuan berusia sembilan bulan.

3. Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

4. Sidang media KKM berhubung situasi perkembangan semasa COVID-19 pandemik dijalankan selama tiga kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

5. Satu lagi kluster baharu membabitkan pusat jagaan warga emas Kuala Selangor dikesan, menjangkiti tiga individu, setakat ini.