--> Skip to main content

Bayi sembilan bulan antara kes terbaharu COVID-19

PUTRAJAYA: Sebanyak 41 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,494 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula sebanyak 973 kes dan kesemua mereka diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada jumlah kes baharu, tiga kes adalah jangkitan dari luar negara yang pulang dari Singapura.

Ia masing-masing melibatkan seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun; penyelia berumur 54 tahun; serta bayi perempuan berusia sembilan bulan.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 38 kes penularan dalam negara, 32 kes adalah bukan warganegara manakala enam kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

Berikut perincian 32 kes tersebut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu kes saringan tempat kerja oleh majikan, iaitu sebuah syarikat mengendalikan pekerja pembersihan; Negeri Sembilan – 31 kes: 14 kes di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson di mana kes-kes adalah merupakan Orang Kena Tahan (OKT) yang dipindahkan ke sana daripada Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil; 
  • 15 kes Kluster Pedas;  Dua kes Kluster Syarikat Pembersihan.
  • Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara dalam kalangan warganegara Malaysia enam pula adalah seperti berikut:
  • Selangor – dua kes:  Satu  kes Acute Respiratory Infection (ARI) di sebuah pusat jagaan warga emas di Kuala Selangor yang telah dikesan di Hospital Tanjung Karang, Selangor;  Satu  kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8294);  Melaka: dua kes:  Satu kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (ke7817); o Satu (1) kes saringan sekolah atau madrasah Tahfiz; 
  • Negeri Sembilan: satu kes saringan madrasah atau sekolah Tahfiz; 
  • Sabah: Satu kes kontak rapat kepada kes kematian ke-119 (iaitu kes ke-8403)
  • Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 54 kes yang pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 7,400 kes atau 87.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

    Sementara itu, tiada kematian baharu direkodkan di negara ini pada Isnin.

    "Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," katanya.

    Selain itu, jelas Dr Noor Hisham sebanyak empat kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.