Skip to main content

Bayi 9 bulan antara positif Covid-19

BAYI perempuan berusia sembilan bulan antara 41 kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi berkenaan adalah satu daripada tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Beliau berkata, tiga kes import iaitu adalah warganegara Malaysia yang baru pulang dari Singapura.

"Kes import pertama ialah pelajar perempuan berumur 13 tahun, kes kedua pula lelaki berusia 54 tahun bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat di Singapura.

"Manakala kes import ketiga adalah bayi perempuan berusia sembilan bulan," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.