--> Skip to main content

Bas kilang, pelancong boleh beroperasi kapasiti penuh

BAS kilang dan bas pelancong turut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun pengusaha perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mendapatkan maklumat lengkap penumpang.

"Bas kilang lebih mudah dikawal sebab semua pekerja kilang itu sudah dikenal pasti berbanding bas awam yang agak sukar.

"Pekerja kilang memang sudah diketahui status mereka, bukan hanya nombor kad pengenalan dan nombor telefon tetapi alamat juga diketahui.

"Kalau ada kes Covid-19, mudah untuk dapat maklumat mengenai kontak rapat," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Semalam, beliau mengumumkan pengangkutan awam termasuk bas awam, feri, kereta api, transit aliran ringan (LRT) dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh.

Bagaimanapun, pengangkutan awam yang membenarkan penumpang berdiri perlu patuh kepada SOP khususnya penjarakan sosial.