Skip to main content

Barcelona, Juventus tukar pemain

MADRID: Pemain tengah Barcelona Arthur Melo akan menyertai Juventus pada akhir musim ini, sebagai pertukaran untuk Miralem Pjanic, umum kedua-dua kelab itu.

Barcelona berkata mereka membayar 60 juta euro (RM288.97 juta) dan tambahan lima juta euro (RM24.08 juta) sebagaibonus untuk perancang Bosnia, Pjanic selepas mengesahkan Juventus akan membayar 72 juta euro (RM346.81 juta) untuk Arthur.

Kedua-dua urusan pembelian itu dilakukan berasingan, membolehkan kelab meningkatkan angka keuntungan mereka untuk tahun kewangan yang berakhir hari ini.

Kontrak empat tahun Pjanic termasuk klausa pelepasan 400 juta euro (RM1.93 bilion) manakala Juventus berkata kontrak Arthur adalah sehingga Jun 2025.

Arthur dan Pjanic akan kekal dengan pasukan masing-masing sehingga akhir kempen 2019-20, dan berkemungkinan mereka akan bertembung di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara pada Ogos.

"Kami mengharapkan komitmen penuh daripadanya sehingga hari terakhirnya di sini.

"Dia masih pemain Barcelona sehingga akhir musim ini dan dia berjanji akan memberikan segalanya untuk mencapai matlamat yang kami tetapkan," kata pengendali Barcelona Quque Setien. - AFP