Skip to main content

Bantu rancang kewangan

BANK Rakyat melancarkan kempen tujuh bulan dan 11 bulan menerusi Akaun Deposit-i Berjangka (Individu) eksklusif untuk pelanggan sedia ada yang melanggan mana-mana produk atau perkhidmatan bank.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed berkata, kempen itu berlangsung dari 15 Jun hingga 15 Nov 2020 bertujuan menghargai pelanggan setia Bank Rakyat dalam keadaan ekonomi global yang kian mencabar ekoran penularan wabak Covid-19.

"Selain membantu merancang kewangan dengan bijak, pelanggan juga boleh meningkatkan potensi keuntungan dalam mendepani kehidupan normal baharu," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pelanggan hanya perlu mendeposit minimum RM10,000 dalam Akaun Deposit-i Berjangka dan boleh membuat pilihan untuk meletakkan deposit bagi tempoh 11 bulan dengan kadar keuntungan sebanyak 3.0 peratus setahun atau 2.8 peratus setahun untuk tempoh tujuh bulan.

"Keuntungan bagi kempen ini akan dibayar secara bulanan atau selepas tempoh matang mengikut pilihan pelanggan dan akan dikreditkan ke Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i Elektronik (eCA-i) pelanggan," katanya.