Skip to main content

Australia, New Zealand jadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2023

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat mengumumkan Australia dan New Zealand bakal menjadi tuan rumah bersama bagi musim Piala Dunia Wanita 2023.

Menurut FIFA dalam satu kenyataan, Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) dan Bola Sepak New Zealand (NZF) telah memenangi undi yang dijalankan oleh Majlis FIFA ketika mesyuarat yang diadakan menerusi sidang video.

Bidaan bersama itu memperoleh 22 daripada 35 undi sah oleh ahli majlis berkenaan dalam undian pertama untuk mengenepikan pencabar terdekat, Persatuan Bola Sepak Colombia, yang menerima 13 undi.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyatakan ini adalah peluang untuk memberikan kerjasama baik untuk kesamarataan dalam bidang sukan.

Dalam pada itu, Menteri Luar Australia, Marise Payne menambah bahawa ia adalah keputusan besar bagi rantau ini.