Skip to main content

Ali Rustam angkat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh

MELAKA: Tun Mohd Ali Rustam hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Cara Sumpah Jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka itu bermula kira-kira 10.10 pagi ini.

Mohd Ali, 70, yang juga Ketua Menteri Melaka Kesembilan diiringi isterinya Toh Puan Asmah Abdul Rahman, 64.

Terdahulu, pengisytiharan jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Hasim Hasan.

Mohd Ali kemudian mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat cara sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka.