Skip to main content

Akibat kutuk Liverpool, Neville kini 'diburu' [VIDEO]

AKIBAT mulut celupar, legenda Manchester United, Gary Neville kini sedang 'diburu' oleh semua pihak termasuk bekas pemain Liverpool.

Neville pernah beberapa kali berkata dia mungkin akan berhijrah ke Papua New Guinea jika Liverpool memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

"Liverpool memenangi liga dan saya mungkin akan berhijrah ke Papua New Guinea," katanya.

Akhirnya hari ini Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp disahkan selaku juara liga dan ia pastinya bukan berita yang baik untuk Neville.

Sky Sports mengambil inisiatif membuat video melucukan apabila beberapa pengkritik dan penyampai dilihat cuba untuk mencari bekas pertahanan kanan United itu.

Di dalam video itu, Jamie Carragher, Jamie Redknapp, Graeme Souness dan Kelly Cates dilihat berlakon sedang mencari Neville.

Turut kelihatan John Barnes yang berkata dia mempunyai kepakaran membantu mencari Neville.

Kemudian pada babak terakhir di Lapangan Terbang Manchester, Neville dilihat memegang tiket yang membawanya terbang ke Papua New Guinea.