Skip to main content

9 tahanan lolos sembunyi di setinggan?

POLIS tidak menolak kemungkinan sembilan tahanan yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga di Sandakan awal pagi Rabu lalu sedang bersembunyi di kawasan setinggan di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, beliau meminta orang ramai supaya segera melaporkan kepada balai polis berhampiran jika mengesyaki individu mencurigakan di kawasan masing-masing.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sudah mengerah pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas untuk mengesan suspek.

"Selain itu, IPD Sandakan juga memohon bantuan pihak polis daerah berdekatan untuk mengesan suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Fajar di Sandakan, hari ini.

Menurutnya, maklumat mengenai sembilan suspek itu diedarkan kepada IPD berkenaan untuk tindakan segera.

Untuk rekod, tahanan warga Filipina, yang dalam proses pengusiran ke negara asal, berusia antara 18 hingga 43 tahun itu melarikan diri melalui tingkap sebuah tandas di PTS itu, jam 2.20 pagi ketika hujan lebat.

Berita berkaitan: